3. PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
3.1 Prinsip Am
3.1.1 Karcher hanya akan memproses Data Peribadi dalam cara yang dinyatakan di bawah:
a) Pemprosesan Data Peribadi hanyalah untuk tujuan dibenarkan undang-undang yang secara langsung berkait dengan aktiviti Karcher;
b) Pemprosesan Data Peribadi hendaklah perlu bagi atau secara langsung berkait dengan maksud tersebut;
c) Data Peribadi adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berkait dengan maksud tersebut; dan
d) Persetujuan Subjek Data hendaklah diperoleh.
3.1.2 Karcher tidak akan bertanggungjawab bagi mendapatkan Persetujuan Subjek Data di mana Pemprosesan Data Peribadi adalah perlu: -
a) bagi melaksanakan kontrak yang mana Subjek Data adalah pihak kepadanya;
b) bagi mengambil langkah atas permintaan Subjek Data dengan maksud untuk memasuki kontrak dengan Subjek Data;
c) bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang mana Karcher adalah tertakluk kepadanya, selain daripada obligasi yang dikenakan oleh sesuatu kontrak;
d) bagi melindungi kepentingan vital Subjek Data;
e) bagi pentadbiran keadilan; atau
f) bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.
3.1.3 Karcher hanya akan memproses Data Peribadi Sensitif:-
a) dengan persetujuan Subjek Data;
b) di mana Pemprosesan itu perlu bagi mana-mana makksud berikut;-
bagi maksud menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak atau obligasi yang diberikan atau dikenakan oleh undang-undang ke atas Karcher yang berkaitan dengan pengambilan kerja;
untuk melindungi kepentingan vital orang lain, dalam hal di mana persetujuan oleh atau bagi pihak Subjek Data telah ditahan secara tidak munasabah;
bagi maksud perubatan;
bagi maksud prosiding undang-undang;
bagi maksud mendapatkan nasihat undang-undang;
bagi maksud membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang;
pentadbiran keadilan;
menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Menteri; atau
maklumat yang terkandung dalam Data Peribadi itu telah diumumkan kepada orang awam akibat langkah yang diambil oleh Subjek Data secara sengaja
3.1.4 Subjek Data boleh menarik balik persetujuan beliau pada bila-bila masa dan boleh melampirkan apa-apa syarat atau batasan yang beliau
percaya sebagai wajar.
3.1.5 Adalah menjadi Dasar Karcher bahawa Data Peribadi hendaklah diproses dengan adil dan mengikut undang-undang. Karcher bertanggungjawab bagi mengumpul Data Peribadi hanya untuk maksud khusus, mengikut undang-undang, eksplisit dan sah, dan bagi pemprosesan selanjutnya Data Peribadi yang konsisten dengan maksud tersebut.
3.1.6 Adalah menjadi Dasar Karcher bahawa Data Peribadi adalah mencukupi, relevan dan tidak berlebihan berhubung dengan maksud untuk yang mana Data Peribadi tersebut dikumpul atau diproses selanjutnya. Karcher bertanggungjawab bagi mengambil segala langkah munasabah untuk menyimpan data tersebut secara tepat, menyediakan cara-cara munasabah bagi membetul, memadam, atau membetulkan mana-mana data yang tidak tepat, dan menyimpan data tersebut untuk tempoh-tempoh tidak melebihi daripada apa yang diperlukan.
3.2 Prinsip Notis dan Pilihan
3.2.1 Karcher akan memaklumkan Subjek Data mengenai yang berikut melalui email notis bertulis secepat yang mungkin:
a) bahawa Data Peribadi sedang diproses;
b) keterangan mengenai Data Peribadi;
c) maksud pengumpulan Data Peribadi;
d) sumber Data Peribadi;
e) hak Subjek Data untuk meminta akses kepada dan untuk membuat pembetulan Data Peribadi;
f) (kelas-kelas pihak ketiga kepada siapa Data Peribadi telah / mungkin dizahirkan;
g) Pilihan dan cara bagi mengehadkan pemprosesan Data Peribadi;
h) sama ada pemberian Data Peribadi adalah wajib atau sukarela; dan
i) akibat kegagalan Subjek Data untuk memberikan Data Peribadi.
3.3 Prinsip Penzahiran
3.3.1 Karcher akan hanya menzahirkan Data Peribadi:
a) Bagi mematuhi dengan mana-mana keperluan pemberitahuan agensi kerajaan; dan/atau
b) untuk maksud yang mana Data Peribadi diproses.
3.3.2 Karcher tidak akan menzahirkan Data Peribadi bagi sebarang maksud lain dan kepada pihak ketiga dengan Kebenaran Subjek Data.
3.4 Prinsip Keselamatan
3.4.1 Karcher adalah bertanggungjawab bagi mengambil langkah berhemah untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi, termasuk langkah prosedur, organisasi dan teknikal sewajarnya untuk melindungi data peribadi daripada pemusnahan tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang taau kehilangan, pindaan atau penzahiran tidak disengajakan. Langkah ini termasuk menandatangani perjanjian bertulis dengan subkontraktor yang memproses Data Peribadi selaras dengan arahan Karcher dan sekurang-kurangnya memasukkan standard perlindungan data Karcher sendiri.
3.4.2 Karcher mempunyai Dasar dan prosedur keselamatan yang munasabah bagi melindungi maklumat peribadi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubahsuaian, atau pemusnahan tanpa kebenaran. Walaubagaimanapun, di sebalik langkah-langkah terbaik Karcher, keselamatan tidak boleh dijamin secara mutlak terhadap semua ancaman. Setakat keupayaan terbaik Karcher, akses kepada Data Peribadi Subjek Data adalah terhad kepada mereka yang perlu untuk mengetahuinya. Individu-individu tersebut yang mempunyai akses kepada Data Peribadi adalah dikehendaki untuk menyimpan kerahsiaan mengenai maklumat sedemikian.
3.4.3 Anda akan bertangungjawab atas kata laluan yang diberikan kapada anda. Kita maminta anda jangan berkongsi kata laluan dengan sesiapa pun.
3.5 Prinsip Penyimpanan
3.5.1 Karcher perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah supaya:
a) Data Peribadi hanya disimpan untuk selama yang diperlukan bagi mematuhi permintaan atau sehingga Subjek Data meminta agar maklumat dipadamkan mengikut prosedur-prosedur dalaman Karcher; dan
b) Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal selepas maksud dipenuhi
c) Data Peribadi anda yang dikumpul oleh Karcher akan disimpan di Jerman dan Ireland, destinasi luar Malaysia.
d) Data Peribadi anda akan diprocessed oleh pekerja dari luar negara yang bekerja untuk Karcher atau pihak ketiga untuk tujuan dibenarkan undang-undang yang secara langsung berkait dengan aktiviti Karcher.
3.6 Prinsip Integriti Data
Karcher akan memastikan bahawa Data Peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini, dengan mengambil kira maksud data telah dikumpulkan dan diproses selanjutnya.
3.7 Prinsip Akses
3.7.1 Karcher mengiktiraf hak Subjek Data untuk mendapatkan tanpa sekatan pada sela masa yang munasabah dan tanpa kelewatan tetepi ada caj RM 10 untuk sekali permintaan maklumat Data Peribadi subject;
a) pengesahan berhubung dangan sama ada Karcher, mana-mana wakil atau ejen memegang atau memproses Data Peribadi berkaitan dengan beliau;
b) maklumat mengenai maksud (maksud-maksud) memproses, kategori data berkenaan, dan penerima atau kategori penerima;
c) maklumat dalam bentuk yang boleh difahami berhubung dengan data yang berkaitan dengan beliau sedang diproses dan sumber data tersebut; dan
d) maklumat, sebagaimana wajar, berhubung dengan logik yang mendasari pemprosesan data.
3.7.2 Selanjutnya Karcher mengiktiraf hak Subjek Data untuk menghendaki, sebagaimana wajar, pembetulan, pemadaman atau penyekatan data
apabila pemprosesan data tersebut tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan terpakai. Karcher akan memaklumkan, sehingga tahap yang munasabah, pihak ketiga kepada sesiapa yang Data Peribadi telah dizahirkan mengenai mana-mana pembetulan, pemadaman atau penyekatan tersebut.
3.7.3 Subjek Data akan berhak untuk mengakses Data Peribadi beliau yang sedang digunakan oleh Karcher dengan membuat permintaan secara
bertulis yang akan dipatuhi dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan tersebut.